hari ni aku terpanggil untuk share ciri-ciri kawan yang tak boleh dijadikan group untuk melengkapkan group assignment. yelah, kalau keje individual buat cara individual dan kalau kerja kumpulan buat cara berkumpulan ye adik-adik
so disini aku nak kongsi apakah ciri- ciri yang kau JANGAN jadikan sebagai ahli kumpulan. kenapa? kalau kau buat orang jenis ni ahli kumpulan nnt kau yang kena tanggung sakit hati stage 4! hahaha..parah kan.
sebelum aku mula, aku nak bercerita sikit akibat salah pilih groupmate. aku mengalami penat dan sedikit kemurungan kerana ahli yang lain tidak beri komitmen . jadi aku minta nasihat super senior aku dan alhamdulillah nasihat mereka berjaya membantu aku untuk sem seterusnya .
jadi aku harap perkara ni tak terjadi dekat kalian ye. kehkehkeh
kau nak yg mana? pilih salah 1 dari gambar bawah ni hahaha!
sebelum aku mula, aku nak bercerita sikit akibat salah pilih groupmate. aku mengalami penat dan sedikit kemurungan kerana ahli yang lain tidak beri komitmen . jadi aku minta nasihat super senior aku dan alhamdulillah nasihat mereka berjaya membantu aku untuk sem seterusnya .
jadi aku harap perkara ni tak terjadi dekat kalian ye. kehkehkeh
kau nak yg mana? pilih salah 1 dari gambar bawah ni hahaha!
ciri-ciri manusia yg JANGAN dijadikan ahli kumpulan adalah :
1. Tak Reti Reply Whatsapps
ok orang jenis ni kau boleh tolak tepi awal-awal. hahaha orang jenis yg suka jadi silent reader bila orang tanya benda penting pun dia buat dont know ni elok jangan dijadikan group member. punya la banyak persoalan yang bermain diminda dan dia boleh sekadar read je msg wassap kau? cis! tak ke kau sentap hingga mengakibatkan kau dapat penyakit hati. dan kalau dibiar lama kelamaan mahu merebak hingga ke stage 4. hahaaha
2.Meeting tak pernah muncul.
haaa ni lagi satu. meeting untuk group assignment mesti dah rancang awal-awal bila semua orang free .tapi tiap kali meeting ade jelah hal nya dia mengelat. lepas tu tak dah tak datang tak reti-reti tanya group member dekat wassap apa kesimpulan meeting dan apa perkara berbangkit dalam meeting yang dia terlepas.fuhhhh berapi tak ? tak kan kau pulak nak sibuk-sibuk msg dia bg laporan meeting group td. hahaha.
3.Tak nak beri kerjasama.
orang jenis ni complicated sikit. aku tak tau sgt nak explain mcm mana.dia ni jenis kalau kau bt meeting dia datang tapi dia duduk tepi dan tak nak join perbincangan. haha.. ada jugak orang mcm ni. tak tahu la kalau dia rendah diri ke apa.. tapi kalau waktu brain storming tak kisah idea kau gila ke tak betul ke kau suarakan je. hehe atleast kau give something dan mungkin idea kau tu hebat sebenarnya cuma perlu diolah sikit je lagi. ;)
4.Cepat menangis
aduh , kalau menangis jatuh basikal ke, tertinggal bus ke, kena marah dengan driver bus ke. aku boleh terima.. tapi kalau nangis tak tau buat assignment aku rasa tahap kemurungan aku terus ke stage 4 . kalau aku tak nampak dia nangis tak pe lagi. ni dia nangis depan aku.. bila tanya kenapa? tak faham bgtau la kita kan satu group. namun, bukan tak faham punca dia nangis tp puncanya adalah tak reti google/search/yahoo/ @ yg sewaktu dengannya. tak ke parah mcam ni? pengsan aku dengar hahaha.
5. Sleeping partner
okay kalau yang ni. dia akan jadi sleeping partner kalau jenis group assignment kau adalah report semata. kira macam abis dengar ceramah lecturer akan suruh student bt report based on topic ceramah. bila kau dengan ahli lain dah bertungkus lumus siapakan. tanpa bantuan sleeping partner ni. kau tak nak la dia nanti tak de share dalam menghasilkan report tu. maka kau pun suruh la dia baca dan betulkan spelling atau seangkatan dengannya. tapi jawapan dia. " apa yang aku nak tulis , semua korg dah tulis". berdesut tak telinga korang? hahaha. tuntasnya, orang-orang cenggini elok kau elakkan untuk dijadikan ahli kumpulan, kelak menyesal nnt :p
biar orang tu tak berapa pandai. tapi dia dia tak ade ciri-ciri dekat atas ni dan dia ade usaha untuk buat yang terbaik. kita bukan nak cari semua ahli kumpulan yang gempak pandai speaking/grammar/genius sebab kita pun bukan hebat sangat tp kita nak cari ahli kumpulan yang sedia beri komitmen berusaha untuk hasilkan kerja berkumpulan yang bagus.
No comments:
Post a Comment