Monday, 16 February 2015

macam mana nak naik kapal terbang?

assalamualaikum. dan salam sejahtera

kalian jangan gelak baca tajuk tu pulak ye. hehehe,, tak mustahil ade yang kali pertama yang naik flight. salah sorang nya aku la hahaha. aku ni dah la first time lepas tu naik penerbangan seorang diri dalam hati doa dapat duduk sebelah tingkap hehe.. alhamdulillah dapat duduk sebelah tingkap.


ok dah dah.. ni aku nak bagi tips untuk sesiapa yang tak pernah naik flight atau dah lupa macam mana nak naik flight. hahaha.

 Benda yang paling penting kau kena ade adalah:

1. tiket flight
2. kad pengenalan a.k.a i/c .

kalau kau lupa bawa 2 benda ni hidup kau huru hara dekat airport tu. kalau nak senang beli file yang transparent masukkan tiket dan i/c kau kat situ.


ok apa yang perlu dibuat adalah :

1.Tebus tiket 

kalau kau beli tiket secara online kau kena print email dari Airasia @ Mas lepas tu kau masukkan no reference dekat mesin yang belambak kat klia tu untuk tebus tiket. ikut je arahan mesin tu . kalau tak tau gak kau boleh tanya pekerja kat situ.dorang memang standby je kat situ.
ni rupa tiket kau.. kalau dapat yang tak ade warna pun sama je hehe.




2. hantar bagasi

ok bagasi kalau kau naik Mas dia mmg dah sediakan maximum kapasiti kau boleh letak barang 30 kg. kalau nak letak perfume ke cecair /pencuci muka/ baju/ dan lain-lain. aku nasihatkan kau hantar bagasi. xyah usung naik tempat duduk kau. kalau beg kecik macam beg skola ke.. handbag ke.. kau bawak la naik atas. tapai kalau barang-barang kau untuk setiap beg tak leh 7 kg. kau usung jela naik atas. nnt tak payah penat-penat kau tunggu nak amik bagasi lepas  kau mendarat nnt.

nak hantar kat mana doktor x oiii ??

haha ok soalan bgs. nnt lepas kau tebus tiket kau nampak ade kaunter dan ade orang beratur dekat situ la kau akan beratur jugak untuk hantar beg masuk kargo.nanti pekerja dekat kaunter akan minta i/c dan tiket kau untuk pengesahan. jadi standby siap-siap (macam aku cakap tadi masukkan 2 benda ni dalam transparent file )

3. pergi ke pintu pelepasan a.k.a gate

 nak tahu gate mana kau kena lihat tiket kau. nnt lepas masuk dalam dekat pegawai imegresen , dia akan scan beg-beg yang kau nak bawa bersama. bukan itu saja dengan kau sekali dia scan hekhek.
apabila kau dah melepasi imegresen kau jalan terus sambil mata pandang atas. sebab nak baca signboard agak jauh la jugak perjalanan. jangan berhenti sampai kau betul-betul nampak sign board gate kau. kau boleh berhenti bila dah sampai gate dan lihat pada screen atas gate tu. sama tak macam tiket kau? kalau sama kau lepak la dulu depan gate tu sampai gate tu buka.


4.menunggu beg dimasukkan ke dalam flight

kan tadi aku ade kata.. bagasi berat2 masuk kargo. jadi kau kena tunggu dalam kejap dalam gate tu untuk naik atas pesawat kau.






5. tunggu announcement. 
ok masa duduk sini.. kau kena tunggu announcement dibuat untuk masuk kedalam. hehee


6. cari tempat duduk
ok ni senang je kau masuk pastu pandang atas untuk cari tempat duduk. macam dalam bus je. :)

7. pakai sit belt.
duduk terus pakai siap-siap sit belt tu ye. 

8. beg
ok beg yg kau usung sekali tu kau boleh letak dekat bahagian atas tempat duduk kau..
atau bawah kerusi orang depan. 

9. makan!!

haha eh apasal makan je ade tanda seru? sebab aku tau korang mesti lapar je ke nya kan?
tak payah jawab aku dah tahu hehe. makanan nnt akan dihidangkan dia akan bg pilihan dan biasanya kalau breakfast ofcoz dia akan hidang nasi lemak kebangga malaysia gitu! pilihan kedua mungkin scramble egg . jangan risau air disediakan jugak. nnt dia akan bg pilihan juga macam biasa :)

masa aku naik tu aku di hidangkan  nasi lemak sambal udang. yummy haha





10. nikmati la permandagan langit ciptaan Allah :)











Tuesday, 10 February 2015

Tips Mencari Geng utk Group Assignment.

assalammualaikum dan salam sejahtera

hari ni aku terpanggil untuk share ciri-ciri kawan yang tak boleh dijadikan group untuk melengkapkan group assignment. yelah, kalau keje individual buat cara individual dan kalau kerja kumpulan buat cara berkumpulan ye adik-adik

so disini aku nak kongsi apakah ciri- ciri yang kau JANGAN jadikan sebagai ahli kumpulan. kenapa? kalau kau buat orang jenis ni ahli kumpulan nnt kau yang kena tanggung sakit hati stage 4! hahaha..parah kan.

sebelum aku mula, aku nak bercerita sikit akibat salah pilih groupmate. aku mengalami penat dan sedikit kemurungan kerana ahli yang lain tidak beri komitmen . jadi aku minta nasihat super senior aku dan alhamdulillah nasihat mereka berjaya membantu aku untuk sem seterusnya .

jadi aku harap perkara ni tak terjadi dekat kalian ye. kehkehkeh

kau nak yg mana? pilih salah 1 dari gambar bawah ni hahaha!





ciri-ciri manusia yg JANGAN dijadikan ahli kumpulan adalah :


1. Tak Reti Reply Whatsapps 

ok orang jenis ni kau boleh tolak tepi awal-awal. hahaha orang jenis yg suka jadi silent reader bila orang tanya benda penting pun dia buat dont know ni elok jangan dijadikan group member. punya la banyak persoalan yang bermain diminda dan dia boleh sekadar read je msg wassap kau? cis! tak ke kau sentap hingga mengakibatkan kau dapat penyakit hati. dan kalau dibiar lama kelamaan mahu merebak hingga ke stage 4. hahaaha


2.Meeting tak pernah muncul.

haaa ni lagi satu. meeting untuk group assignment mesti dah rancang awal-awal bila semua orang free .tapi tiap kali meeting ade jelah hal nya dia mengelat. lepas tu tak dah tak datang tak reti-reti tanya group member dekat wassap apa kesimpulan meeting dan apa perkara berbangkit dalam meeting yang dia terlepas.fuhhhh berapi tak ? tak kan kau pulak nak sibuk-sibuk msg dia bg laporan meeting group td. hahaha. 


3.Tak nak beri kerjasama.

orang jenis ni complicated sikit. aku tak tau sgt nak explain mcm mana.dia ni jenis kalau kau bt meeting dia datang tapi dia duduk tepi dan tak nak join perbincangan. haha.. ada jugak orang mcm ni. tak tahu la kalau dia rendah diri ke apa.. tapi kalau waktu brain storming tak kisah idea kau gila ke tak betul ke kau suarakan je. hehe atleast kau give something dan mungkin idea kau tu hebat sebenarnya cuma perlu diolah sikit je lagi. ;)


4.Cepat menangis

aduh , kalau menangis jatuh basikal ke, tertinggal bus ke, kena marah dengan driver bus ke. aku boleh terima.. tapi kalau nangis tak tau buat assignment aku rasa tahap kemurungan aku terus ke stage 4 . kalau aku tak nampak dia nangis tak pe lagi. ni dia nangis depan aku.. bila tanya kenapa? tak faham bgtau la kita kan satu group. namun, bukan tak faham punca dia nangis tp puncanya adalah tak reti google/search/yahoo/ @ yg sewaktu dengannya.  tak ke parah mcam ni? pengsan aku dengar hahaha. 


5. Sleeping partner

okay kalau yang ni. dia akan jadi sleeping partner kalau jenis group assignment kau adalah report semata. kira macam abis dengar ceramah lecturer akan suruh student bt report based on topic ceramah. bila kau dengan ahli lain dah bertungkus lumus siapakan. tanpa bantuan sleeping partner ni. kau tak nak la dia nanti tak de share dalam menghasilkan report tu. maka kau pun suruh la dia baca dan betulkan spelling atau seangkatan dengannya. tapi jawapan dia. " apa yang aku nak tulis , semua korg dah tulis". berdesut  tak telinga korang? hahaha. tuntasnya, orang-orang cenggini elok kau elakkan untuk dijadikan  ahli kumpulan, kelak menyesal nnt :p


                                                        


biar orang tu tak berapa pandai. tapi dia dia tak ade ciri-ciri dekat atas ni dan dia ade usaha untuk buat yang terbaik. kita bukan nak cari semua ahli kumpulan yang gempak pandai speaking/grammar/genius sebab kita pun bukan hebat sangat tp kita nak cari ahli kumpulan yang sedia beri komitmen berusaha untuk hasilkan kerja berkumpulan yang bagus. 



Sunday, 8 February 2015

Macam mana nak skor waktu degree?

assalam dan salam sejahtera semua.

tetiba aku terpanggil nak update blog pasal macam mana nak skor waktu degree.

masa sem 1 aku dapat duduk kolej dan alhamdulillah result aku 3.70  sebab apakah?








1.time management

walaupun aku selalu balik rumah tapi, aku akan pastikan aku dapat buat resivion dan siapkan notes. assignment lecturer kasi aku siapkan sendiri tanpa tengok jawapan orang lain. kuiz macam biasa kalau online kau bt dalam group.

2.buku rujukan

sangat penting untuk kau study guna buku rujukan , jangan berpandukan manual @ slide kuliah saje. gerenti jawapan esei kau nnt tak de bomz! hahha. kalau adik adik yang nak save duit. aku nasihatkan kau beli buku dari senior, maka berkenalan lah dengan senior korg. :)

3.nota tulisan tangan
buat nota sendiri. kalau aku jenis mmg kena buat nota cantik-cantik dan nota tu isi nya amik dari buku rujukan. pastikan kau berjaya revise balik dalam seminggu semua yang lecturer kau mengajar. contoh paling bagus untuk revise dengan kau buat balik nota sendiri berdasarkan tajuk yang lecturer kau ajar . untuk menghasilkan nota yang bagus :

  •  kau kena baca betul-betul buku rujukan 
  •  letak slide kuliah disamping kau,.( kdg2 ade nota tambahan atau hint dekat nota yang kau tulis masa kuliah tu boleh selitkan dalam nota kau nak bt nnt )
  • rujuk past year ( rujuk sebab nak tahu apa jenis soalan dan berapa markah utk soalan2 yang sering ditanya dalam tajuk tu )
  • bila kau dah tahu semua ni, nota kau akan lengkan dan memenuhi skema jawapan.
  • buat nota dalam point beserta huraian ( senang citer buat nota macam skema jawapan)


4.Past Sem Questions
past sem question sangat penting kau kena pastikan kau ade salinan past year setiap sem. sekurang2nya amik 5 tahun ke belakang dan buat past year ikut chapter. supaya nanti kau boleh buat analisis dan kadang-kadang kau tau dah trends soalan dia. contoh chapter 1  paper( dis 2014/jun 2014/dis2013/jun2013 .....) lepastu kau compile kan semua set jawapan ikut chapter dengan kemas.

5.Assignment
assignment . tolong dapatkan bila due date nak kena submit, dan kumpul maklumat seawal mungkin .selalunya lecturer akan bgtau due date pada awal sem. aku nasihatkan korang buat awal supaya boleh recheck dengan lecturer . andaikata kau punya assignment tak menepati kehendak pensyarah kau. kau ade masa lagi nak tukar. tolong la jumpa pensyarah. jangan malu jumpa mereka, bukan apa, kalau kau tak jumpa kau yang rugi, kalau berjumpa tu kau tanya  lah dia nak macam ni ker? macam tu ke? betul tak fahaman kau tentang penerangan dia? semua ni penting tau tak .

6. Istiqamah
yea, yang paling penting adalah istiqamah. kau jangan lupa yang beri kefahaman semua dari Allah walau kau struggle macam mana tapi tak struggle dalam dekatkan diri pada Allah. rasa macam tak cemerlang la beb. kalau kau boleh konsisten buat semua ni. cubalah konsisten solat awal waktu, mengaji setiap hari lakukan amalan amalan sunat seperti solat dhuha , taubat dan hajat. mohon pada Allah yang Maha Pemberi . *peringatan untuk diri aku jugak yang kdg2 alpha. moga Allah ampunkan aku amin2..




Friday, 6 February 2015

Cost of Capital (Part 2)

assalam.. hai semua!

ok seperti yang telah aku janjikan aku akan sambung beri kalian formula. so what are you waiting ? lets go wohooo.. (apasalah eksaited sgt ni haaa?  ceit! ni bukan eksaited okay, ni orang panggil amik mood gituh :p )

2. Cost of Preferred Stock @ Rp

formula nya  Rp :

kalau korang nak tau formula Rp ni yang paling mudah dan paling kurang tricky dia.

Tips!! 

1. "D" must not be in percentage! remember this till finals ok. kalau dia bagi dividen for preferred stock is 30 % so apa korg kena buat?  korang ke darab percentage tu dengan Pv ( Pv preferred stock adalah 100 ) so korang kena buat camni ( 30% x 100 ).

2. Mp usually given but if not given just take value Par value@ Pv  that are 100

3. Fc must be times with Mp unless the questions has stated (Fc are % from Pv) 

4. Final answer should be in % ok! so dont forget to times ur final answer with 100 %.


3. Cost of Equity @ Re







okay untuk cost of equity ade 2 method. Bila nak guna method ni bergantung pada soalan kalau soalan bagi information based on risk /beta/premium mestilah kau kena guna formula SML,tapi kalau dia bg Mp/FC/ dividen pula kau mestilah gunakan formula dividen growth . senang kan? :)

Tips!!

SML Approach
okay kalau approach ni kau kena faham beberapa perkara :

1. beta always equal to 1. tp kalau dia kata beta inrease @ decrease 2%  kau kena alert. 2% bersamaan 0.02 . Jadi beta baru adalah 1.02 (increased)/ 0.98 (decreased)

2.Risk free tu apa benda?
risk free tu maksud dia kalau kau beli saham atau kau laburkan duit kau. tiada risiko yang akan kau tanggung sebab company yg kau invest tu confirm! sure! pasti bayar balik pada kau keuntugan .kira mcm pelaburan yg boleh dipercayai la.. tapi sapa yg bgs sgt boleh dipercayai tu? jawapan nya adalah Goverment . kadang-kadang dia xbg straight forward.biasalah corporate finance stricky as always.
so maybe dia bg in term of T-bills ( sbb T-bills produced by gov) @ commercial paper @ apa2  seangkatan dengannya.

3.kalau dia bg market risk @Rm /  Risk free@Rf  dalam percentage kau kena tukar dalam perpuluhan,(haish ni simple maths tp aku tak nak korg bt silly mistake).. mane la percentage darab dengan nombor biasa. kena la tukar semua dalam point form dulu adik oi :)

4.kalau dia bg premium tu kau xpayah sibuk nak cari mana risk free .. mana  market risk . kan aku dah tulis dalam formula tu haa. (market risk - risk free = premium)

5. macam biasa semua kena convert into percentage so final answer darab 100 % . simbol % penting jgn tinggal ye :D


Dividen Growth Approach

1. Pastikan D1 bukan Do ye adek adek. cari nak kenalpasti kau kena baca ayat tu.. kalau past tense ( previous/paid/last year) itu adelah Do manakalah present tense( new/future/will pay) adalah D1.
tapi andai kata dia bg Do kau kena tukarkan kepada D1 iaitu dengan cara [Do x (1 + g) ]

2. Growth @ g will be given. if its in percentage kau kena convert dulu ye. simple maths 

3. final answer  must be in percentage ( ni rules dia) kalau xingat lagi aku suntik korang dengan antidot nak? :p k gurau je hehe...



chapter ni tak habis lagi ye.. selamat menerokai part 3 * kenyit mata sikit ;)




Thursday, 5 February 2015

Cost Of Capital (Part 1)

assalamualaikum dan salam sejahtera semua doktor ucapkan.

okay kalau ikut apa yg doktor belajar cost of capital ni chapter 3 . sebelum memulakan sesi memberi tips n formula berkenaan tajuk ni. doktor nak bagi korang sikit pemahaman mengenai tajuk ni.




tajuk ni pasal apa?

tajuk ni pasal interest sebenarnya.. yela kalau sebuah company nak bt pinjaman mesti akan dikenankan interest kan? so interest will be charged if the company want to gain a capital.
easy right? hehehe . yg penting kau kena paham pasal apa tajuk ni supaya otak kau senang nak hadam segala mak nenek formula lepas ni :)


penting ke belajar benda ni?

cis berani kau persoal kan penting ke tidak? ciss! haha sebenarnya aku pun tiap kali belajar chapter baru mesti tanya dalam hati.. penting ke weh nak blaja benda ni? (sambil buat muka tak puas hati sbb xpaham2) haha. JAWAPANNYA MEMEY LA PONTING DEK OIII kan dah terkeluar ckp nogori sombilan den ni haaa. hahhaa. ok meh aku jawab secara serius. Ya, Dik penting belajar sebab kita kena tahu berapa jumlah interest yg telah dikenakan terhadap company . yela dalam business ni tak de sapa nak rugi dek. apabila tahu  cost of capital ni memudahkan kita mngendalikan syarikat kita.( utk lg mantap jawapannya kau baca buku teks kau tu :p )


yela, tahu la capital tapi capital dapat dari mana?

ok bagus soalan atas ni . meh aku terangkan. kalau dalam chapter ni company akan dapatkan capital @modal daripada  :

1.bond /debt 
kalau bond ni selalu company akan keluarkan macam sejenis sijil la @surat hutang. dekat surat tu nnt ada la syarat-syarat dia.

2.prefered stock
prefered stock ni lebih kurang macam pemegang saham yang beli saham dlm kuantiti banyak la . dia punya taraf up sikit dari pemegang saham biasa.

3.equity/stock
yang ni pemegang saham biasa. selalunya, kalau company bayar  dividen dekat prefered stock dulu. lepas selesai baru dia bayar dividen dekat stockholder ni . ( kan aku cakap taraf dia rendah sikit) sebab tu la dia di anak tirikan sikit kehkehkeh,


ok rasanya dah cukup kot soalan tu. kalau korg nak tanya lagi sila post kek komen yo. (tanya di ruangan komen)



sooooooo here we gooooooooooooooo! the FORMULA'S

1. Cost of Debt/ Bond
                    



atas ni before tax.. so kalau kau jwb camni je salah. kena bt sampai after tax

Rd after tax : (jwapan atas td) @ Rd before tax@ Rd pre-tax  x (1-tax)


ade 2 keadaan  pertama before tax/ pre-tax
                         kedua after tax

tips!! 
1:kena alert and higlight 2 condition ni supaya kau tak buat kesilapan  di pengakiran pengiraa

2."C" must not be in percentage! kalau dia bagi dalam bentuk  % .kau kena darab percentage yg dia dengan Pv @Par value bond iaitu  [ % x 1000]

 3.kalau interest dia bayar  semiannually kau kena olah sikit formula tu.
            i- "C" tu  kau kena divide by 2
            ii- "n" tu kau kena  darab 2
            iii- Rd after tax kau kena darab 2


4. Mp usually given but if not given just take value Par value@ Pv  that are 1000

5. Fc must be times with Mp unless the questions has stated (Fc are % from Pv) 

6. Final answer should be in % ok! so dont forget to times ur final answer with 100 %.




Ok untuk formula cost of capital seterustanya .. korang pergi kat post seterusnya ok :)