Friday, 23 January 2015

Bantuan Zakat Selangor

Assalamualaikum dan salam sejahtera.






Ok harini doctor X nak citer macam mana nak mohon bantuan zakat. Tapi……….. sebelum mohon ke tahu dulu kau tu layak ke tidak nak memohon nya? Hahaha. Kalau tak buat ponat jek ekau dok sediakan dokumen yang diperlukan alih alih engkau tak layak. Tak ke cari penat nama nya? Haha..
Jadi pasti ade persoalan kat minda kau.” Abis tu siapa yang layak memohon?”

Ciri-ciri yang layak memohon adalah (drum roll) :

  1.    ibubapa / penjaga yang mempunyai anak di tadika,sekolah kebangssan, sekolah rendah agama,menengah kebangsaan dan sekolah menengah agama.

  2.     Pelajar IPT didalam dan diluar Negara (sijil,Diploma,ijazah sarjana muda (degree),sarjana (master) dan PHD. )

Ok kau dah layak eh kalau ikut ciri2 kat atas… sabar.. ni haa ade lagi syarat UTAMA yang kau kena ade.

1.       Beragama islam
2.       Warganegara Malaysia / permastautin tetap (PR)
3.       Lahir dan menetap di negeri Selangor / bermastautin di negeri Selangor tidak kurang 3 tahun dan masih menetap di negeri Selangor sehingga kini.


Tahniah aku  ucapkan kalau kau dah lepas syarat Utama tu.. tapi kau jangan ingat dah abis. Ni ade lagi kau kena penuhi. Iaitu syarat TAMBAHAN. Hahaha apa kau letih nak penuhi ciri2 ni. Alaaa sabar la nak dpt bantuan kena la usaha sikit. Ok ni aku nak bagitau syarat tambahan yang kau kena penuhi. Baca elok2.


   Pendapatan kasar isi rumah ( kalau kau belum keje ni kira pendapatan parents kau la ye) :

 1.   Untuk yg nak mohon bantuan
                    SEKOLAH ( tadika , SK, SRA,SMK,SMA) :kurang RM 4,000
                                   IPT DALAM NEGARA : kurang RM6,000
                                   IPT LUAR NEGARA   : Kurang RM 20,000

 2.       Bagi permohanan peringkat sekolah perlu isi borang pengesahan sekolah. Borang tu kau boleh     download di www.e-zakat.com.my/borang

3.       Bagi permohonan peringkat sijil hingga la ijazah tak kiralah kalau dah dapat JPA/MARA/PTPTN nak mohon pun boleh. Silakan kamu dialu alukan.

4.       Tapi bagi permohonan peringkat Master dan PHD , yang tak dapat tajaan je boleh mohon. Kalau   yang dah dapat tu. Jangan mohon sebab takut karang penat je kau isi borang haha.


Ape dia? Kau dah lepas semua syarat? Alhamdulillah ! tahniah aku ucapkan lagi sekali. ( dah berapa kali tahniah daaaaa :O )

Ok sekarang mesti korang tak sabar nak tahu borang apa yang kena korg  isi untuk dapat bantuan zakat ni..  dlm hati kau mesti tengah menjerit sambil berkata “bagitau la cepat!!” Hahaa ok relaks relaks. Aku yang kena relaks sbb aku yg bayangkan reaksi korang haha.

Bagaimana nak memohon?

  1.       Kau kena download borang dari website www.e-zakat.com.my/borang atau kalau kau rajin kau pergi la kaunter zakat berhampiran rumah kau. Eh ada ke? Haha. Aku gurau jelah. Lepas dah download kau kena isi. Isi guna huruf BESAR DAN PEN HITAM FAHAM? Ni format biasa kalau nak isi borang. Jangan kau guna pen merah atau pink dan setiap satu huruf kau tukar warna. Kau pikir ni pertandingan mewarna ? haha.

   2.       Lepas dah ade borang kau  isi kemas- kemas dan hantar dekat kaunter zakat berhampiran ya! Oh ya, Dokumen dokumen penting kena lampirkan jugak dekat website tu ade tulis . semua dokumen kena diSAHKAN

Ok yang ni checklist bagi pemohon untuk IPT.


  •      I/c ibu bapa dan diri sendiri ( 3 i/c yang kena lampirkan)
  •     Borang pengesahan pelajar ( yang ni kau kena minta HEA keluarkan . isi borang pastu hantar kat    hea nnt dia akan keluarkan surat pengesahan tu.)
  •     Borang Pengesaha tajaan (yang ni kau kena minta hep keluarkan . step dia sama kau kena isi borang dan nnt hep akan buat surat )
  •      Slip gaji parent kau/ yang xde slip gaji nnt kau kena download borang pengesahan pendapatan.
  •       Buku bank ( yang ni kau bagi buku  bank yang kau selalu guna Photostat je muka depan sbb dia nak tau no akaun je sebenarnya )
  •        Ok yang terakhir kau jgn lupa bawa borang yg kau download dan  isi guna pen hitam tadi tu. J

Nota kaki : pastikan semua borang kau dah disahkan ya. Dah lengkap semua kau kena hantar sendiri ke lembaga zakat Selangor 

ni alamat dia :

 Bangunan zakat Selangor 
3-01-1 Presint ALAMi ,  
Pusat Perniagaan Worldwide 2,   
 Persiaran Akuatik,Seksyen 13                                                                                              
 40100 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
klik sini untuk dokumen yang perlu kau lampirkan. senang kata kau print je utk checklist

http://www.e-zakat.com.my/mohon-bantuan/pendidikan/


klink sini untuk download borang




Thursday, 22 January 2015

BBA (HONS) FINANCE UITM

ok assalamulaikum dan salam sejahtera

ok entri yg ni aku khas kan kepada adek adek yang nak sambung degree BBA hons in finance @ degree pengurusan pentadbiran (kewangan) kepujian.

ok adek adek mesti nak tau belajar kos ni senang ke susah?! dek oi nak ckp sikit hidup ni xde yg senang haha. xpe blaja dgn ikhlas xde yang susahnya. Allah kan ade . kalau betulkan niat tingkatkan usaha. xda apa yg mustahil bg Allah kan? so be perseverance. have faith in Allah okeh.degree in finance ni 3 tahun .2 1/2 kau akan belajar dan lg 1/2 tahun kau akan intern atau praktikal.

kalau nak citer pasal belajar. subjek kira-kira ade subject menghafal pun ade. kau kena bersedia mental dan fizikal kalau sem tu kau kena blaja semua subjek membaca. perit kau tahu? dengan xde study week.

haha ok korg jgn jadikan xda study week alasan.mcm aku buat! gasp emoticon
korg ade 4 bulan dan susun la jadual kelas elok2 supaya korg ade masa yg cukup utk study kay

aku nasihatkan korang kenal-kenal la dengan senior supaya boleh tau nak beli buku secondhand dekat siapa dan manatau dorg ade tips utk pilih lect yang best dan gempak ke kan? kau jugak yang untung nanti hehe.

aku xtau nak citer apa pasal kos ni .kalau korang nak tau korang email jelah ek.
email aku ade dekat profile tu. nnt aku reply ya!




siapa aku?






tak kenal maka tak cinta. jadi sekarang ni aku nak bagi korang jatuh cinta sebab tu aku nak kenalkan diri aku. hahaha. ok aku gurau je. kau jangan serius pulak -.-"
baiklah memandangkan ni posting pertama aku makanya aku nak citer la serba sedikit pasal diri yang banyak kekurangan ini. eceh!

ok sebenarnya aku dah lama nak buat satu blog yang kongsi ilmu apa yang aku dapat. tak kisah la dari ceramah ke dari kelas ke dari keluarga aku ke yang penting aku nak kongsi ilmu tu. sebabnya aku rasa rugi nya kalau aku sorg je tau dan rugi nya kalau aku dan orang yang terdekat je tahu. jadi untuk mengelakkan perasaan "ruginya ruginya " tu datang maka terhasil lah blog ini. hehe.

basically, I want to share how to score on killer subject that i have gone through this while. what is the killer subject? oh ya. aku lupa bagitau aku ni degree in finance jadi subject killer tu adalah yang kod finance la ya. :) . aku bukannya pandai sangat tapi aku nak korang jimatkan masa korang daripada dok stress tak move on sebab belajar killer subject. alang2 aku dah lalui dan dah buat nota untuk subjek2 tu apa kata aku share kat korang? nak tak? ok xyah jerit. aku tahu korang nak. hahaha.

selalunya kalau aku buat nota aku akan buat latihan dan keluarkan sebanyak mana tips yang aku dah dpt daripada analisis soalan2 tu. tapi aku ni manusia. mesti ade silap dekat mana2. so korang jangan segan silu tanya pensyarah korg tu eh :)


tambahan pula, ( tgk bertapa berhemahnya aku nak mulakan perenggan baru? kahkah :P ) aku nak share la jugak intipati seminar2 yang aku dah pergi.almaklumlah kehidupan pelajar degree penuh dengan seminar . 


tuntasnya, kalau korg ade soalan jangan segan silu email aku soalan korang ataupun korg komen je. nnt aku reply ya!